Kedah, Selangor tentukan juara Piala Malaysia

Piala MalaysiaKEDAH tinggal selangkah lagi untuk merealisasikan impian merangkul tiga piala musim ini selepas mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia, menundukkan Terengganu dengan aggregat 3-2 pada peringkat separuh akhir.

Selepas menang bergaya 3-0 pada perlawanan pertama, Rabu lepas, Kedah tidak mampu disekat lagi apabila Terengganu sekadar memperoleh dua gol pada perlawanan kedua di Terengganu malam ini.

Dua jaringan Ashari Shamsuddin pada minit ke-6 dan 42 bermakna Kedah akan bertemu Selangor, iaitu lawan sama yang ditewaskannya pada saingan final Piala FA.

Selangor mara selepas mengharungi perlawanan sukar dengan Johor FC malam semalam.

Pasukan bimbingan Dollah Salleh itu tewas 1-0 di Stadium JCorp, namun kemenangan 2-0 di Shah Alam empat hari lalu menyelamatkan Selangor dari tersingkir.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Post a Comment or Leave a Trackback

One Trackback

  1. […] kita bakal di julang malam ini.. Disebabkan demam Olimpik ramai dari kita yang tidak tahu bahawa Kedah dan Selangor akan menentukan juara pada 23 Ogos 2008 ini bertempat di Stadium Nasional BUkit Jalil pada 8.50 […]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
page counter