BERITA GEMPAR! Logo ‘baru’ FAM

Posted on February 16, 2008

P/S: Berita ini dipetik sepenuhnya daripada akhbar Utusan Malaysia hari ini, 16 Februari - Admin

ESPN minta maaf dengan FAM
KUALA LUMPUR - Gara-gara prestasi merudum skuad bola sepak negara, kewibawaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus dipersendakan.

Logo ‘baru’ FAM yang menimbulkan kontroversiTerbaru, logo FAM telah diubah suai ke nama ‘Persatuan Kenasepak Malaysia’ (logo atas, logo sebenar di bawah - klik imej untuk paparan - admin) dengan gambar harimaunya seperti sedang tidur sambil kaki belakang sebelah kirinya berbalut cedera.

Lebih memalukan, logo itu telah digunakan oleh saluran sukan ESPN menerusi program secara langsung Sportscenter Asia Rabu lalu sambil tertera nama Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang sedang ditemubual menerusi telefon ketika itu.

Logo sebenar FAMPenggunaan logo yang tidak tepat itu bukan sahaja memalukan FAM malah ESPN juga yang ternyata tidak peka kerana menggunakan logo yang diambil melalui internet secara membabi-buta tanpa memeriksanya dengan teliti.

Dalam hal ini, bukan hanya ESPN sahaja perlu dipersalahkan malah FAM turut sama perlu bertanggung jawab ekoran laman sesawang badan induk bola sepak negara itu sendiri juga tidak berfungsi dengan baik sejak sekian lama.

Kemungkinan akibat laman sesawang FAM yang sedang dalam penstrukturan semula itu menyebabkan ESPN mencari alternatif lain untuk mencari logo berkenaan.

Menerusi carian Internet Google dengan menaip ‘fam logo‘, satu laman sesawang dapat dicapai yang memaparkan logo yang digunakan ESPN itu.

Laman sesawang itu turut memberitahu logo berkenaan adalah ‘logo baru FAM’.

Seorang pembaca turut menghantar sekeping gambar menerusi e-mel kepada Utusan Malaysia kelmarin yang dirakamkan di peti televisyennya ketika siaran itu berlangsung dan menyifatkan ia amat memalukan.

Sementara itu, Azzuddin ketika dihubungi berkata, pejabat ESPN Singapura telah memohon di atas kesilapan menyiarkan logo berkenaan.

ESPN telah memohon maaf berulang kali secara langsung di televisyen pada malam itu kerana tersilap menyiarkan logo FAM.

“Namun, saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai logo FAM yang dipersendakan selagi belum melihatnya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, laman sesawang baru FAM akan dilancarkan semula pada 1 Mac ini.

Ditanya mengapa FAM mengambil masa untuk menyiapkan laman sesawang baru, Azzudin berkata: “FAM mengambil masa untuk menyiap dan mengemas kini maklumat terkini kerana tidak mahu kesilapan dan kelemahan yang berlaku dahulu terus berulang,” jelasnya. - Utusan Malaysia

Comments

20 Responses to “BERITA GEMPAR! Logo ‘baru’ FAM”

  1. Wak Hamad on February 16th, 2008 12:05 pm

    sape yg memandai buat logo baru ni.. tapi kreatif lak hehe! FAM buka mata luas2 sikit

  2. Orang lama on February 16th, 2008 12:27 pm

    hancusnye hati gue bila menatapi berita ini. betapa hinanya rasa.. tiadakah baka harimau muda membela maruah yg tercalar ini

  3. Zairul on February 16th, 2008 12:37 pm

    Ya Allah! apa nak jadi dengan Malaysia ni.. kalau macam ni lah keadaannya PRU-12 ni pakat sokong BA. fikir biar BULAT!! jgn TIMBANG2 lagi

  4. Awang on February 16th, 2008 12:59 pm

    walaupun aku tak minat dgn team bola kebangsaan, tapi aku amat sedih dengan insiden memalukan ini. aku rasa espn tu takkan sampai sengaja nak memalukan FAM sampai begitu sekali.. tapi FAM kenalah bertindak.. ni ranking jatuh lagi.. kalau tiap bulan jatuh mcm mana kita nak maju!! TIDAK CEMERLANG GEMILANG TAK TERBILANG!

  5. ameen on February 16th, 2008 1:39 pm

    jgnlah kutuk2 sangat.. presiden FAM tu sutan kita nanti kena murka kan :)

  6. wanwma on February 16th, 2008 1:53 pm

    hahahahaha…sy tak nak kutuk n tak nak komen apa2, cuma nak ketawa jer..bukan nak mengejek…tp..mmg kelakar la…hehehe..

  7. kamal on February 16th, 2008 2:28 pm

    hang nak ketawa! aku dah tergelak dah ni huwawawawa!! :D

  8. afham on February 16th, 2008 4:37 pm

    first time lepak .. jom exchange link..

  9. amran on February 16th, 2008 5:07 pm

    Bagi saya gini je.. teruk-teruk pun team kita juga. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Takkan org kat FAM tu tak buat apa-apa. ye betul peminat dah lama bersabar tapi nak tak hendak kena telan juga.. busuk2 pun terpalit kat kita juga.

  10. Abooain on February 16th, 2008 6:10 pm

    Saya pun tak nak komen cuma nak gelak je …… wakaakakakaka dan huhuhuhuhu …

    Pandai demo cari berita Jit …….sensasi, sensasi!

  11. mohd nor on February 16th, 2008 7:48 pm

    Ini kes berat. menjatuhkan maruah sungguh.. walaupun aku tak setuju dgn yang buat hal ni, tapi aku tak setuju byk hal dgn FAM

  12. admin on February 16th, 2008 10:14 pm

    Hai Nasib la Din! Nampaknya tak ramai yg simpati dgn FAM.. mcm mn nak buat. Tapi betul berita tu. laman web FAM pun bukan main lama nak siap. pasal tu la jadual liga M asyik bertukar

  13. Salim on February 16th, 2008 11:08 pm

    FAM ni berap kali tukar pemimpin dok cam tu jugak. yg herannya pemimpin no. 1 kenapa la tak nak berundur..

  14. KNizam on February 17th, 2008 12:30 am

    wahhhh tak sangka la ada blog pasal bola2 kat malaysia neh gak. syabas! :)

  15. admin on February 17th, 2008 2:53 am

    Salim! pelan2 sikit nanti baginda murka! :)
    KNizam! Anda dialu-alukan, trm kasih atas komen anda.

  16. nago meroh on February 17th, 2008 9:25 am

    menjatukan maruah FAM, yer mmg betul laa …… ttp cuba korang pikir dalam2, FAM pon boleh dipersalahkan juge … website FAM boleh dikatakan tak hidup, cam idup segan mati tak mau,
    dah brape lama “site under renovation”.

    bukan nye susah sgt buat website tu, buat simple2 dulu, letak basic2 info & logo, dlm masa 4-5 hari boleh siap, cari laa web developer yg freelance tu, skit punya ramai kt Msia nihh ……. pastu nk renovate ka, nak upgrade kaa, ikut suka hangpa laaaa.

    cuba masuk - http://www.fam.org.my/

  17. aku sedih on February 17th, 2008 9:52 am

    ha’a lah.. yg terpapar adalah “site under renovation”. Diorang cakap 1 mac baru boleh lihat. maknanya makan 2 minggu lagi tu.. bayang! Dalam keadaan mcm ni takkan dioarng tak nak xplain ke apa.. org ramai dok kutuk2, saya pun malu juga, bukan org m’sia saja, org luar siap bantai dlm forum.. patutnya carilah jalan paling tidak pun taruk laman sementara boleh xpalin kalau terjadi mcm kes ni.. sape malu???

  18. admin on February 17th, 2008 4:23 pm

    semoga memberi pengajaran yg sangat berguna buat FAM. Sepatutnya FAM menyediakan satu website sementara, sekurang-kurangnya boleh dibuat rujukan oleh mereka yang inginkan maklumat segera. TQ :)

  19. syawal on February 17th, 2008 9:43 pm

    A`kum wbt

    Bagus juga ada blog pasal bola ni. Member saya kutuk sbb tak amik tau pasal bola.

  20. Ambo on March 17th, 2008 10:32 pm

    wah! meriah betul blog ni.. tapi skang ni musim p/raya tak sempat nak bicara pasal bola heheh, tapi tang logo tu memang kreatif

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Post a Comment or Leave a Trackback

2 Comments

  1. Meli
    Posted July 30, 2008 at 12:42 am | Permalink

    walaupun berita ni dah lama tapi memandangkan pasal kerenah FAM malam ni yang tak siar lIVE Malaysia-Chelsea, aku pun nak gelak sama wakakakakaka patut la ranking Malaysia asyik jatuh, FAM ni memang lembab buat kerja.

  2. Kubang Pasu
    Posted July 30, 2008 at 10:47 am | Permalink

    aku pun bukan la nak kondem FAM.. tapi memang padan muka!

One Trackback

  1. […] Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang sedang ditemubual menerusi telefon ketika itu. (berita penuh di sini) Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and […]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
page counter