Piala Carling: Fulham, West Ham tersingkir, Liverpool berpeluh sebelum mara

Lucas Leiva menjadi penyelamat Liverpool apabila menjaringkan gol kemenangan The Reds
Piala Carling
Liverpool 2 Crewe 1

LIVERPOOL terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya melepasi halangan kelab dari Liga Bahagian Satu, Crewe Alexandra pada aksi pusingan ketiga Piala Carling di Anfield awal pagi tadi.

Liverpool memerlukan tempoh sejam untuk gol kemenangan setelah jaringan awal menerusi Daniel Agger pada minit ke-15 berjaya dibalas pemain tengah Crewe, Michael O’Connor 10 minit kemudian.

Penjaga gol Crewe, Steven Collis beraksi cemerlang apabila berjaya menggagalkan beberapa percubaan bahaya The Reds hinggalah perlawanan memasuki minit ke-58 apabila tandukan Lucas Leiva akhirnya berjaya menggegar gawang pelawat.

Gol tersebut berpunca daripada hantaran silang Jermaine Pennant yang disambut dengan kemas oleh penyerang dari Brazil itu untuk memastikan kemaraan Liverpool ke pusingan seterusnya.

Sementara itu dua pasukan Liga Perdana Inggeris, Fulham dan West Ham terkeluar dari kejohanan setelah disingkir oleh kelab dari divisyen bawah.

Fulham tewas 1-0 kepada Burnley hasil jaringan Jay Rodriguez dua minit sebelum perlawanan berakhir.

West Ham turut tewas dengan keputusan, namun nasib mereka lebih malang apabila kecundang menerusi jaringan sendiri pemain tengahnya, Hayden Mullins pada minit ke-70.

Bagaimanapun dua lagi kelab Liga Perdana, Sunderland dan Stoke City terselamat daripada menerima kejutan selepas menang perlawanan masing-masing menerusi penentuan penalti.

Stoke seri 2-2 dengan Reading sebelum menang 4-3 pada penentuan penalti.

Keadaan sama turut dialami Sunderlang apabila turut seri 2-2 dengan Northampton sebelum berjaya memenangi penentuan penalti dengan keputusan 4-3. (Keputusan penuh pusingan ketiga Piala Carling)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Post a Comment or Leave a Trackback

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
page counter