La Liga: Barcelona mengamuk lagi


Liga Primera Sepanyol
Barcelona 6 Atletico Madrid 1
Villarreal 2 Real Betis 1

BARCELONA menampil persembahan penuh bertenaga untuk menjinakkan pencabar kejuaraan Liga Sepanyol, Atletico Madrid 6-1 di Nou Camp awal pagi tadi.

Lebih menarik enam gol berjaya dicipta sepanjang tempoh 30 minit pertama perlawanan, lima daripadanya dijaringkan pasukan tuan rumah.

Rafael Marquez memulakan pesta gol tuan rumah seawal minit ketiga sebelum Samuel Eto’o menambah gol kedua, tiga minit kemudian.

Belum sempat barisan pemain Atletico memperkemas benteng, gawang mereka bocor lagi dua minit berikutnya menerusi jaringan penyerang muda Argentina, Lionel Messi.

Hanya lima minit berselang, barulah pasukan pelawat berjaya merapatkan jurang gol menerusi percubaan Maxi Rodríguez.

Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Eto’o sekali lagi berjaya merobek gawang Atletico untuk gol keempat tuan rumah pada minit ke-18.

Kedudukan tuan rumah bertambah selesa apabila Eidhur Gudjohnsen menjaringkan gol kelima kelab Catalan itu 10 minit kemudian sebelum Thierry Henry menjaringkan gol terakhir pada minit ke-73.

Ia adalah kemenangan keempat berturut-turut buat Barcelona selepas hanya berjaya mengutip satu mata daripada dua perlawanan awal Liga Sepanyol.

Sekali pun menang besar, Barcelona gagal merampas kedudukan teratas daripada Villareal apabila kelab itu berjaya mempertahankan rekod tanpa kalahnya hasil kemenangan 2-1 ke atas Real Betis.

Kedudukan Barcelona bagaimanapun mungkin tidak kekal apabila tiga pencabarnya, Valencia, Real Madrid dan Sevilla beraksi malam ini.

Valencia berhadapan dengan Valladolid di tempat lawan manakala Real Madrid dan Sevilla beraksi di halaman sendiri.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Post a Comment or Leave a Trackback

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
page counter