Liga Juara Eropah: Dua gol Berbatov benam Aalborg

DUA gol sumbangan Dimitar Berbatov membolehkan juara bertahan, Manchester United menewaskan Aalborg 3-0 dalam aksi kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Satu lagi gol dihasilkan menerusi penyerang England, Wayne Rooney yang membuka jaringan United pada minit ke-22 selepas menyempurnakan umpanan Ryan Giggs dalam kawasan penalti.

Berbatov yang gagal menjaringkan sebarang gol sejak berpindah ke Old Trafford dari Tottenham Hotspurs memecah kebuntuan tersebut pada minit ke-55 hasil kesilapan penyerang tuan rumah, Thomas Augustinussen.

Penyerang Bulgaria itu menggandakan jaringan peribadinya menerusi sepakan gunting pada minit ke-79 selepas menerima hantaran silang Cristiano Ronaldo dari sebelah kanan untuk melengkapkan kemenangan 3-0 United.

Keputusan berkenaan membolehkan United mendahului saingan kumpulan E dengan empat mata menerusi kelebihan jaringan ke atas Villareal yang turut memungut mata yang sama selepas menang tipis 1-0 ke atas Celtic.

United dan Villareal seri tanpa jaringan pada perlawanan pembukaan dua minggu lalu.

Sementara itu satu lagi kelab Inggeris, Arsenal mencatat kemenangan selesa 4-0 mengatasi juara 2004, FC Porto di Stadium Emirates.

Robin Van Persie dan Emmanuel Adebayor masing-masing menjaringkan dua gol bagi membantu Arsenal mencatat kemenangan pertama selepas seri 1-1 pada aksi pembukaan dengan Dynamo Kyiv.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Post a Comment or Leave a Trackback

2 Comments

  1. faris zulkafli
    Posted October 2, 2008 at 9:55 pm | Permalink

    man city pastik akan bangkit dengan kehadiran robinho

  2. faris zulkafli
    Posted October 2, 2008 at 10:06 pm | Permalink

    walaupun mu kalah pada perlawanan pembukaan liga dengan liverpol tapi mu tetap akan bangkit pada pusingan ke 2 liga.hal ini kerana pemain-pemain mu masih lagi tidak serasi dengan tonggak baru mereka iaitu berbatov yang masih lagi mencari rentak yang sebenar bersama pasukan mu.lagipun pusingan peryama liga mu hanya bertandan ketempat lawan dan selepas ini mereka akan bangkit dan sekali gus akan menjuarai EPL dan liga juara-juara eropah.hidup mu!!!!!!!!!!!!!

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
page counter