EPL: Hajat City tundukkan Liverpool

Manchester City lawan Liverpool (10.00 malam)

MARK Hughes percaya Manchester City mampu meletakkan batu asas selaku kuasa baru Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan di tempat sendiri menentang Liverpool, malam ini.

Pengurus City itu menyaksikan pasukannya tewas di tempat sendiri kepada Chelsea sejurus selepas kelab itu diambil alih oleh keluarga diraja Abu Dhabi sebulan yang lalu, dan mereka tahu bakal berdepan dengan cabaran besar, hari ini.

Hughes berkata: “Kami perlu bermain dengan benar-benar cemerlang kerana Liverpool sudah berada di puncak prestasi mereka.”

Beliau menambah bahawa pasukan Manchester City tidak akan tenggelam dengan asakan Liverpool.

“Mereka sebuah pasukan yang kuat dan mempunyai keyakinan tetapi perlu diingat bahawa kami juga mempunyai keyakinan dan mempunyai peluang lebih baik berbanding mereka.”

Pemain tengah, Vincent Kompany turut menyuarakan keyakinan dan bertegas menyatakan, berdepan dengan Steven Gerrard yang menerajui tengah Liverpool, tidak mencetuskan sebarang gundah.

Sementara itu pengurus Liverpool, Rafa Benitez memberi amaran kepada Manchester City betapa longgokan wang baru dimiliki akan hanya dimanipulasi kelab yang menjual pemain kepada mereka pada harga terlalu tinggi.

Pemilik baru City daripada Abu Dhabi bercadang untuk berbelanja besar membeli pemain Januari ini untuk mengubah kelab itu menjadi kuasa utama bola sepak dunia. Mereka memulakan misi itu bulan lalu apabila mencipta kejutan dengan memikat penyerang Brazil, Robinho.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Post a Comment or Leave a Trackback

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
page counter