Serie A: Inter Milan, Juventus pasang impian

SKANDAL judi bola sepak yang menghantui Juventus tiga musim lalu tidak menghalang kelab tersebut daripada memasang impian memburu kejuaraan Serie A Itali musim ini.

Turun menentang Catania dalam perlawanan keempat mereka di tempat lawan, hari ini Juventus kini memburu kemenangan ketiga dalam usaha mereka menyaingi juara bertahan, Inter Milan.

Ketika ini kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata tetapi Inter menguasai puncak liga hasil kelebihan jaringan.

Situasi berkenaan berlaku buat julung kali sejak Inter dan Juve berkongsi kedudukan teratas hampir enam tahun lalu, sejak perlawanan ke-22 musim 2002-03 di mana Juventus muncul juara dengan Inter, di tempat kedua.

Skandal mengatur perlawanan bola sepak Itali memberi kesan besar terhadap Serie A dengan Inter Milan menjulang trofi kejuaraan dan perpindahan pemain bintang dari Juventus.

Sebelum itu, penguasaan Juventus selaku juara Serie A tidak tergugat dan Inter kerap menamatkan cabaran musim sebagai naib juara. Namun, skandal terbabit mengubah segalanya.

“Setahun lalu, kami sukar menghampiri pendahulu. Tetapi kini kami mahu berada di kalangan mereka.

“Apa pun ini baru peringkat permulaan kerana perjalanan masih jauh,” kata jurulatih Juventus, Claudio Ranieri yang pernah membimbing Chelsea sebelum ini.

Bagaimanapun, berbanding Juventus, Inter Milan berdepan laluan lebih mudah apabila menerima kunjungan pasukan lemah, Lecce hari ini.

Jurulatih Inter, Jose Mourinho yang juga pernah berada di Chelsea turut mengakui Juventus merupakan pencabar utama mereka musim ini.

“Kami, mereka, Milan dan Roma adalah pilihan. Tapi saya juga jangkakan Fiorentina dan Udinese juga,” kata Mourinho.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Post a Comment or Leave a Trackback

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
page counter