Piala Carling: Chelsea mudah benam Portsmouth


Piala Carling
Portsmouth 0 Chelsea 4

FINALIS tahun lalu, Chelsea mudah melepasi pusingan ketiga Piala Liga England (Piala Carling) selepas menundukkan Portsmouth 4-0 di Fratton Park awal pagi tadi.

Salomon Kalou yang menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas, sekali lagi memahat nama selaku penjaring gol The Blues.

Chelsea ternyata begitu bersemangat untuk memenangi perlawanan berkenaan dan ia terbukti apabila Luiz Felipe Scolari menurunkan beberapa pemain bintangnya termasuk Didier Drogba dan Salomon Kalou di bahagian serangan, manakala Frank lampard dan Michael membantu di bahagian tengah.

Gol pertama Chelsea hadir pada minit ke-36 apabila Lampard berjaya menyempurnakan tendangan penalti setelah Ballack dikasari dalam kawasan terlarang.

Umpanan Menarik Kalou pada saat akhir babak pertama berjaya disempurnakan Florent Malouda untuk Chelsea mendahului tuan rumah 2-0.

Empat minit selepas perlawanan bersambung Lampard menjaringkan gol kedua peribadinya setelah memanfaatkan hantaran silang daripada Kalou.

Selepas dua kali melakukan umpanan yang menghasilkan gol buat rakannya, Kalou akhirnya berjaya juga merobek gawang tuan rumah menerusi rembatan kaki kirinya pada minit ke-64.

Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut buat Portsmouth dengan jumlah jaringan gol yang besar selepas tewas 6-0 kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu. (Keputusan penuh pusingan ketiga Piala Carling)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Post a Comment or Leave a Trackback

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
page counter