Category Archives: Real Madrid

Liga Juara: Real Madrid mahu lunas dendam

Liga Juara Eropah
Real Madrid lawan Juventus (3.45 pagi, Bernabeu)
TONGGAK pertahanan, Fabio Cannavaro berkata Real Madrid perlu menebus kekalahan peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Eropah terhadap Juventus apabila kedua-dua pasukan bertemu di Santiago Bernabeu, hari ini (awal pagi Khamis waktu Malaysia).
Pemain pertahanan Itali yang pernah menjulang Piala Dunia itu - meninggalkan Juventus dua tahun lalu - […]

Liga Primera: Real Madrid menang bergaya

Liga Primera Sepanyol
Real Madrid 7 Sporting Gijon 1
REAL Madrid menambah derita Sporting Gijon apabila membelasah lawannya itu 7-1 dalam aksi Liga Primera Sepanyol di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Penyerang baru Real, Rafael van der Vaart meledak hatrik dalam perlawanan berkenaan manakala bintang veteran, Raul Gonzalez menjaringkan dua gol tuan rumah.
Dua lagi gol Real dijaringkan oleh […]

La Liga: Real Madrid buru kemenangan ketiga

Real Madrid lawan Sporting Gijon - 4.00 pagi, Santiago Bernabeu
JUARA bertahan, Real Madrid akan berusaha mencatat kemenangan ketiga apabila menanti kunjungan Sporting Gijon awal pagi nanti dalam aksi Liga Sepanyol di Santiago Bernabeu.
Real tewas dalam perlawanan pembukaan menentang Deportivo La Coruna, tetapi berjaya membalasnya dengan kemenangan berturut-turut untuk berada satu mata di belakang empat […]

La Liga: Real Madrid hampiri pendahulu liga

Liga Primera Sepanyol
Racing Santander 0 Real Madrid 2
PEMAIN tengah, Ruben de la Red, kembali selepas dipinjam ke Getafe musim lalu, menjaringkan gol pertama dalam liga untuk Real Madrid dan Ruud van Nistelrooy mempamerkan tindakan penyudah berkesan bagi membantu juara bertahan melonjak ke tangga keenam Liga Primera Sepanyol.
Perlawanan yang menyaksikan kekebalan gawang Real Madrid itu turut […]

La Liga: Real Madrid, Barcelona tewas aksi pembukaan

DUA musuh tradisi Liga Primera Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona kecundang pada perlawanan sulung masing-masing awal pagi tadi ketika saingan liga bermula minggu ini.
Real Madrid tewas 1-2 kepada Deportivo La Coruna manakala Barcelona tewas 0-1 kepada pendatang baru Liga Primera, Numancia.
Mista meletakkan Deportivo di hadapan pada minit ke-27 sebelum Ruud van Nistelrooy menyamakan kedudukan dua […]

La Liga: Real Madrid juara Piala Super Sepanyol

REAL Madrid menjaringkan tiga gol dalam tempoh 15 minit terakhir ketika pemainnya hanya tinggal sembilan orang untuk merangkul trofi Piala Super Sepanyol menewaskan Valencia 4-2 di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Bekas pemain United balas komen Blatter

SEPERTI dijangka komen ‘pedas’ Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter mengenai kemelut perpindahan bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo menerima kritikan pedas daripada mereka yang terbabit dengan kelab England itu.
Bekas pemain United, Paul Parker menyifatkan Presiden FIFA itu sebagai ‘memalukan’.
Bahkan Parker yang juga bekas pemain pertahanan England, menegaskan sudah tiba masanya Blatter mengundurkan diri […]

Komen Presiden FIFA hangatkan isu perpindahan Ronaldo

PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter menyifatkan amalan banyak kelab ketika ini mengikat kontrak seseorang pemain bagi satu tempoh yang lama umpama amalan ‘perhambaan zaman moden’.
Menurut Blatter sesebuah kelab tidak seharusnya menghalang jika pemain mereka ingin menyertai pasukan lain.

Chelsea teruskan rentak cemerlang kelab England

Posted on March 6, 2008

TIGA kelab teratas Liga Perdana Inggeris menguasai saingan suku akhir Liga Juara-Juara musim ini berikutan kejayaan Chelsea menumpaskan Olympiacos 3-0 di Stamford Brdige, awal pagi tadi.

Sentuhan Robinho bantu kebangkitan Real Madrid

Posted on March 2, 2008 
PENYERANG Brazil, Robinho kembali meletakkan Real Madrid di landasan betul dalam usaha mempertahankan kejuaraan liga apabila dua golnya membantu kelab itu menewaskan Recreativo Huelva untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas carta Liga Sepanyol.
Lebih menggembirakan penyokong Real apabila pesaing terdekatnya, Barcelona mengalami kekalahan pertamanya tahun ini apabila tewas di tangan Atletico Madrid […]

Barcelona intai peluang pintas Madrid

Posted on March 1, 2008 
EMPAT kekalahan daripada lima perlawanan, dengan tiga daripadanya dicatat pada tiga aksi terakhir berturut-turut, termasuk tewas 1-2 kepada AS Roma dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah sudah cukup membuktikan penurunan prestasi kelab gergasi Sepanyol itu.
Lebih menyakitkan, jurang mata dengan pesaing terdekatnya dalam liga, Barcelona telah mengecil kepada dua sahaja berbanding sembilan pada […]

Liga Sepanyol: Madrid kena kejutan, Barca makin hampir

Posted on February 25, 2008
MADRID: Getafe mencatat keputusan mengejut dengan mengatasi Real Madrid 1-0 di Bernabeu awal pagi tadi, sekali gus membuka persaingan merebut mahkota Liga Primera Sepanyol selepas Barcelona merapatkan jurang mata dengan Real kepada dua sahaja setelah meratah Levante 5-1.

Liga Sepanyol: Real Betis bantu hidupkan peluang Barca

Posted on February 17, 2008
Madrid tewas dua kali dalam tiga perlawanan terakhir
KEKALAHAN Real Madrid di tangan Betis diikuti kejayaan Barcelona menundukkan Zaragoza melalui sentuhan bekas pemain terbaik dunia, Ronaldinho merancakkan kembali persaingan merebut kejuaraan bola sepak Liga Sepanyol antara kedua-dua pasukan itu.

Real Madrid kekal kelab terkaya di dunia

Posted on February 14, 2008
KELAB gergasi Sepanyol, Real Madrid mengekalkan statusnya sebagai kelab terkaya di dunia, sekalipun disaing hebat kelab England, Manchester United yang naik dua anak tangga memperbaiki kedudukan keempat sebelum ini.

Liga Sepanyol: Penguasaan Madrid sukar digugat

Posted on February 12, 2008
BEKAS juara Eropah sembilan kali, Real Madrid yang diaibkan pasukan kerdil, Almeria minggu lalu kembali mengukuhkan cengkaman mereka di persada Liga Primera Sepanyol selepas membelasah pasukan pertengahan liga, Valladolid 7-0 di Santiago Bernabeu, semalam.

page counter