Category Archives: Piala Carling

Piala Carling: Chelsea mudah benam Portsmouth

Piala Carling
Portsmouth 0 Chelsea 4
FINALIS tahun lalu, Chelsea mudah melepasi pusingan ketiga Piala Liga England (Piala Carling) selepas menundukkan Portsmouth 4-0 di Fratton Park awal pagi tadi.
Salomon Kalou yang menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas, sekali lagi memahat nama selaku penjaring gol The Blues.

Piala Carling: Chelsea mahu kekal rekod tanpa kalah

Portsmouth lawan Chelsea - 2.45 pagi, Fratton Park
SALOMON Kalou bakal mengemudi jentera serangan Chelsea bersama Didier Drogba yang kembali cergas selepas menjalani pembedahan lutut pada aksi pusingan ketiga Piala Liga (Piala Carling) menentang Portsmouth awal pagi nanti.
Kalou menganggap perebutan tempat di kalangan pemain utama Chelsea musim ini satu petanda baik bagi membolehkan mereka memberi saingan […]

Piala Carling: Fulham, West Ham tersingkir, Liverpool berpeluh sebelum mara

Piala Carling
Liverpool 2 Crewe 1
LIVERPOOL terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya melepasi halangan kelab dari Liga Bahagian Satu, Crewe Alexandra pada aksi pusingan ketiga Piala Carling di Anfield awal pagi tadi.
Liverpool memerlukan tempoh sejam untuk gol kemenangan setelah jaringan awal menerusi Daniel Agger pada minit ke-15 berjaya dibalas pemain tengah Crewe, Michael O’Connor 10 minit […]

Piala Carling: Meriam muda Arsenal robek Sheffield

Piala Carling
Arsenal 6 Sheffield United 0
PENYERANG muda Mexico, Carlos vela menjadi wira ketika skuad simpanan Arsenal membelasah Sheffield United 6-0 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (Piala Carling) di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Kecuali Nicklas Bendtner dan penjaga gol, Lukasz Fabianski yang lebih berpengalaman, Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menurunkan sembilan pemain mudanya dalam kesebelasan […]

Piala Carling: Ronaldo bantu United mara pusingan keempat

Piala Carling
Manchester United 3 Middlesbrough 1
CRISTIANO Ronaldo membuat penampilan penuh pertamanya musim ini ketika membantu Manchester United menundukkan Middlesbrough 3-1 dalam saingan Piala Carling atau Piala Liga Inggeris di Old Trafford awal pagi tadi.
Pengurus United, Sir Alex Ferguson merombak semua 11 pemain utama ketika pasukannya seri 1-1 dengan Chelsea di Stamford Bridge Ahad lepas.
Ferguson meletakkan […]

Piala Carling: United mahu elak tragedi musim lalu

PENYERANG Angola, Manucho bakal membuat penampilan sulung bersama Manchester United dalam aksi pusingan ketiga Piala Carling menentang Middlesbrough di Old Trafford awal pagi esok.
Pemain berkenaan kembali ke Old Trafford setelah beraksi secara pinjaman bersama kelab Greece, Panathinaikos untuk separuh musim lepas.

Ramos hadiahkan Spurs trofi pertama

Posted on February 25, 2008 

TOTTENHAM Hotspur mengakhiri penantian panjang untuk menjulang mahkota pertama sejak 1999 dengan menewaskan Chelsea 2-1 dalam pertandingan akhir Piala Liga England, awal pagi tadi. Jonathan Woodgate, yang ‘dibeli’ bulan lalu untuk memantapkan benteng, muncul sebagai wira dengan menanduk masuk gol kemenangan empat minit selepas masa tambahan bermula.

Piala Carling: Peluang Spurs akhiri kemarau trofi

Posted on February 24, 2008
PENGURUS Spurs, Juande Ramos hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk men’terbalik’kan catatan sejarah apabila skuad bimbingannya itu akan membuat perhitungan dengan seteru setempat, Chelsea pada pentas final Piala Carling di Stadium Wembley, malam ini.

page counter