Category Archives: Liverpool

Liga Juara: Jaringan penalti Gerrard kecewakan Atletico

Liga Juara Eropah
Liverpool 1 Atletico Madrid 1
KETUA pasukan, Steven Gerrard sekali lagi menjadi penyelamat buat Liverpool di sebalik keputusan seri 1-1 dengan wakil Sepanyol, Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam.
Bagaimana pun ia jelas sesuatu yang kurang menyenangkan pengurus The Reds, Rafael Benitez yang mengakui Liverpool tidak mempunyai penyudah yang baik dalam […]

EPL: Tottenham akhiri rekod tanpa kalah Liverpool

Liga Perdana Inggeris
Tottenham 2 Liverpool 1
PENGUASAAN Liverpool di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak bertahan lama apabila pasukan bimbingan Rafael Benitez itu tewas mengejut kepada kelab tercorot, Tottenham Hotspurs 1-2 di White Hart Lane, awal pagi tadi.
Lebih malang buat Liverpool apabila gol kemenangan tuan rumah hanya hadir ketika perlawanan hanya tinggal beberapa minit untuk ditamatkan […]

Chelsea bangkit, Liverpool lebar penguasaan

Liga Perdana Inggeris
CHELSEA bangkit daripada kekalahan di tempat sendiri kepada Liverpool Ahad lalu dengan menundukkan pasukan penuh kejutan, Hull City 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Frank Lampard, Nicolas Anelka dan Florent Malouda masing-masing menyumbang satu gol buat The Blues untuk terus berada di tangga kedua liga selepas Liverpool turut mengutip tiga mata […]

EPL: Hajat City tundukkan Liverpool

Manchester City lawan Liverpool (10.00 malam)
MARK Hughes percaya Manchester City mampu meletakkan batu asas selaku kuasa baru Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan di tempat sendiri menentang Liverpool, malam ini.
Pengurus City itu menyaksikan pasukannya tewas di tempat sendiri kepada Chelsea sejurus selepas kelab itu diambil alih oleh keluarga diraja Abu Dhabi sebulan yang lalu, dan […]

Piala Carling: Fulham, West Ham tersingkir, Liverpool berpeluh sebelum mara

Piala Carling
Liverpool 2 Crewe 1
LIVERPOOL terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya melepasi halangan kelab dari Liga Bahagian Satu, Crewe Alexandra pada aksi pusingan ketiga Piala Carling di Anfield awal pagi tadi.
Liverpool memerlukan tempoh sejam untuk gol kemenangan setelah jaringan awal menerusi Daniel Agger pada minit ke-15 berjaya dibalas pemain tengah Crewe, Michael O’Connor 10 minit […]

EPL: Liverpool panjangkan derita Manchester United

Hatrik Adebayor bantu Arsenal menang 4-0 di Blackburn, Newcastle lebur lagi
LIVERPOOL akhirnya berjaya mengatasi badi Manchester United apabila gol lewat perlawanan oleh Ryan Babel memberikan kemenangan 2-1 ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu, malam tadi.
Skuad bimbingan Rafa Benitez mengalami tujuh kekalahan dalam lapan pertemuan terakhir dengan musuh ketatnya itu sejak 2004, dan […]

EPL: Liverpool terlepas peluang pintas Chelsea

LIVERPOOL gagal mengambil kesempatan terbaik untuk memintas pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Aston Villa di Villa Park lewat malam tadi.
Liverpool berpeluang memintas kedudukan Chelsea di persada liga andai menundukkan Aston Villa apabila skuad The Blues itu diikat 1-1 oleh Tottenham Hotspurs dalam perlawanan terdahulu.

Liga Juara Eropah: Arsenal mudah lepasi halangan, Liverpool lalui detik mencemaskan

KETIKA Arsenal mudah melepasi lawannya, satu lagi wakil dari England, Liverpool berdepan detik mendebarkan ke masa tambahan sebelum layak ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, mengetepikan cabaran sengit Standard Liege di Anfield awal pagi tadi.
Dirk Kuyt menjadi penyelamat air muka Liverpool apabila jaringannya dua minit perlawanan masa tambahan berakhir berjaya mengelak kelab dari Anfield […]

EPL: Gerrard inspirasi kebangkitan lewat Liverpool

LIVERPOOL berjaya bangkit dengan dua gol pada hujung perlawanan untuk mencuri kemenangan 2-1 ke atas Middlesbrough dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield malam tadi.
Middlesbrough berjaya mempertahankan kedudukan sehingga minit ke-86 apabila pertahanannya, Emanuel Pogatetz menampan percubaan Jamie Carragher terus ke dalam gawang sendiri untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Liverpool hampiri slot Liga Juara-Juara

Liverpool 3 - 1 Blackburn
AKSI cemerlang ketua pasukan, Steven Gerrard yang membuat penampilan ke-300 bersama Liverpool memastikan The Reds mengukuhkan kedudukan mereka di tangga keempat liga ketika skuad bimbingan Rafael Benitez itu menundukkan Blackburn Rovers 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, malam tadi.
Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Merseyside itu […]

Bolton, Liverpool buru kemenangan

Posted on March 2, 2008
Bolton lwn Liverpool - 9.30 mlm ini
Everton lwn Portsmouth - 12 tgh mlm
PERSAMAAN kedua-dua pasukan ialah persembahan menarik di peringkat Eropah, tetapi tidak dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Liverpool tinggal sebelah kaki untuk melangkah ke suku akhir kejohanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah, manakala Bolton mara ke peringkat 16 pasukan terakhir […]

Liverpool kembali menyengat

Posted on February 24, 2008
Hatrik Torres bantu kemenangan The Reds
SELEPAS prestasi hambar dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Liverpool kembali memberi saingan merebut slot ke kempen Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Middlesbrough dalam saingan bola sepak Liga Perdana England di Anfield, malam tadi.

Piala FA: Liverpool terima kejutan kelab bawahan

Posted on February 17, 2008
Dua gol Lampard bantu Chelsea mara ke suku akhir
KELAB dari Liga Kejuaraan, Barnsley melakukan kejutan besar apabila menyingkirkan Liverpool, pasukan elit Liga Perdana untuk mara ke suku akhir, menerusi gol di minit-minit akhir perlawanan pada aksi pusingan kelima Piala FA England di Anfield, malam tadi.

Liga Inggeris: Tempat keempat sasaran realistik Liverpool

Posted on February 13, 2008
Gerrard seru rakan lupakan trofi Liga Perdana
SELEPAS melihat Liverpool semakin jauh tercicir daripada perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), kaptennya, Steven Gerrard menyeru rakan-rakannya supaya tidak lagi memikirkan mengenai mahkota liga. Ditambah dengan keputusan seri ketika berkunjung ke Stamford Bridge pada perlawanan terakhir hujung minggu lalu pemain tengah itu meminta rakan […]

page counter