October 30, 2008 – 9:45 am
Liga Serie A Itali
INTER Milan jatuh ke tangga keempat liga apabila sekadar mampu seri tanpa jaringan dengan Fiorentina dalam aksi Serie A Itali awal pagi tadi.
Napoli mengambil alih kedudukan Inter di tangga kedua selepas menang tipis 1-0 ke atas Lazio, manakala AC Milan berada di tangga ketiga hasil kemenangan 2-1 mengatasi Siena.
September 25, 2008 – 8:44 am
Liga Serie A Itali
Inter Milan 1 Lecce 0
PERCATURAN strategi Jose Mourinho menyaksikan Inter Milan kekal selaku pendahulu Liga Serie A Itali selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Lecce di San Siro awal pagi tadi.
Mourinho membawa masuk Julio Cruz menggantikan Cristian Chivu pada minit ke-72 dan pemain Argentina itu tidak menunggu lama untuk membalas kepercayaan bosnya […]
September 25, 2008 – 12:47 am
SKANDAL judi bola sepak yang menghantui Juventus tiga musim lalu tidak menghalang kelab tersebut daripada memasang impian memburu kejuaraan Serie A Itali musim ini.
Turun menentang Catania dalam perlawanan keempat mereka di tempat lawan, hari ini Juventus kini memburu kemenangan ketiga dalam usaha mereka menyaingi juara bertahan, Inter Milan.
Ketika ini kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata tetapi […]
September 22, 2008 – 3:55 pm
Liga Serie A Itali
INTER Milan mengukuhkan kedudukan untuk menerajui Liga Serie A Itali hasil kemenangan 3-1 ke atas Torino, manakala AC Milan memenangi perlawanan liga buat pertama kali selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut di awal musim.
Carvalho De Oliveira Amauri pula muncul wira Juventus apabila jaringan tunggalnya membantu bekas juara itu mencatat kemenangan tipis 1-0 ke […]
September 1, 2008 – 6:41 pm
JUVENTUS memulakan aksi sulung Serie A Itali dengan mencicirkan mata apabila diikat dengan keputusan seri oleh pencabar kejuaraan liga, Fiorentina.
Lebih perit buat Juventus apabila gol penyamaan Fiorentina hanya hadir ketika perlawanan hampir ditamatkan di mana pasukan lawan itu pula beraksi dengan 10 orang.
Bekas penyerang AC Milan, Alberto Gilardino menjadi pemusnah harapan Juve untuk memungut […]
September 1, 2008 – 5:54 pm
PEMAIN Bologna, Francesco Valiani menyerlah dengan jaringan memukau ketika membantu pasukannya menewaskan AC Milan 2-1 di San Siro, malam tadi, sekali gus merosakkan penampilan sulung Ronaldinho dalam saingan Liga Serie A Itali.
Valiani melakukan jaringan dari luar kotak penalti pada minit ke-79 selepas pemain Milan, Massimo Ambrosini mengikat gol pertama Marco Di Vaio untuk Bologna di […]
August 31, 2008 – 11:50 am
INTER Milan sekadar seri 1-1 dengan Sampdoria dalam aksi pembukaan ketika Jose Mourinho memulakan tugas rasmi pertamanya bersama juara bertahan itu dalam saingan Liga Serie A Itali.
Bermain di gelanggang lawan, Inter terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-33.
Bagaimanapun Sampdoria berjaya mencuri satu mata daripada anak buah Mourinho apabila Gennaro Delvecchio menjaringkan […]
August 25, 2008 – 12:24 pm
Inter Milan rangkul Piala Super Itali sebelum Serie A bermula
BEKAS jurulatih Chelsea, Jose Mourinho menghadiahkan trofi pertama kepada kelab baru, Inter Milan selepas anak didiknya berjaya menewaskan AS Roma 6-5 menerusi penentuan penalti dalam aksi Piala Super Itali awal pagi tadi.
Kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam tempoh 90 minit selepas jaringan penyerang Roma, Mirko Vucinic sebelum […]
July 16, 2008 – 9:26 pm
BEKAS pemain terbaik dunia dua kali, Ronaldinho akhirnya menamatkan spekulasi perpindahannya apabila memilih untuk berhijrah ke kelab gergasi Itali, AC Milan.
“AC Milan dan Barcelona telah mencapai persetujuan bagi perpindahan Ronaldinho.
“Beliau akan berada di Milan esok (hari ini) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan seterusnya menandatangani perjanjian yang mengikat beliau bersama kelab sehingga 30 Jun 2011,” menurut kenyataan […]
May 5, 2008 – 9:29 pm
HASRAT Inter Milan untuk merangkul kejuaraan Liga Itali lebih awal terbantut selepas tewas 1-2 di tangan musuh setempat, AC Milan malam tadi.
Kekalahan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Inter Milan selaku pendahulu liga dan mereka hanya memerlukan tiga mata daripada baki dua perlawanan liga untuk mengekalkan kejuaraan tiga tahun berturut-turut.
April 28, 2008 – 12:45 am
Livorno 1 - 4 AC Milan
JUARA bertahan, Inter Milan kini semakin hampir untuk mengekalkan kejuaraan Serie A Itali selepas menang tipis 2-1 ke atas Cagliari di San Siro malam tadi.
Inter yang kini mendahului liga dengan sembilan mata mengatasi pasukan tangga kedua, AS Roma kini hanya memerlukan satu mata sahaja lagi pada […]
April 20, 2008 – 11:59 pm
BINTANG Brazil, Kaka bermain cemerlang dengan menjaringkan hatrik ketika membantu kelabnya, AC Milan membelasah Reggina 5-1 dalam saingan Liga Itali malam ini.
Dua daripada jaringannya dilakukan menerusi tendangan penalti manakala dua lagi gol Milan dijaringkan oleh pemain veteran, Filippo Inzaghi dan seorang lagi pemain Brazil, Alexandro Pato bagi melengkapkan kemenangan besar tuan rumah.
Kemenangan tersebut ternyata amat […]
April 13, 2008 – 2:15 pm
Kekalahan kepada Juventus menyulitkan lagi peluang Milan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan
JUARA Eropah, AC Milan terpaksa menerima hakikat peluang mereka untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan kini senipis ‘kulit bawang’ ekoran kekalahan kepada musuh tradisi, Juventus pada saingan Liga Serie A Itali awal pagi tadi.
April 12, 2008 – 6:05 pm
Serie A Itali
Juventus lwn AC Milan - 2.30 pagi esok
PERTEMBUNGAN dua kelab gergasi Itali, AC Milan dan Juventus mungkin tidak sehangat perlawanan antara pendahulu Liga Perdana England (EPL), Manchester United dan pencabarnya, Arsenal.
Namun bagi penyandang juara Eropah musim lalu itu perlawanan awal pagi esok merupakan misi hidup mati bagi menghidupkan peluang mereka […]
April 10, 2008 – 10:16 pm
Posted on March 16, 2008
KEKECEWAAN selepas disingkirkan Arsenal pada saingan Liga Juara-Juara Eropah tambah berganda buat gergasi Itali, AC Milan apabila tewas lagi, kali ini di tangan AS Roma pada saingan Liga Itali, awal pagi tadi.
Kekalahan 1-2 kepada pasukan tangga kedua, Roma menyulitkan lagi peluang Milan untuk melayakkan diri pada saingan Liga Juara-Juara musim depan.