November 5, 2008 – 11:36 pm
Liga Juara Eropah
Real Madrid lawan Juventus (3.45 pagi, Bernabeu)
TONGGAK pertahanan, Fabio Cannavaro berkata Real Madrid perlu menebus kekalahan peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Eropah terhadap Juventus apabila kedua-dua pasukan bertemu di Santiago Bernabeu, hari ini (awal pagi Khamis waktu Malaysia).
Pemain pertahanan Itali yang pernah menjulang Piala Dunia itu - meninggalkan Juventus dua tahun lalu - […]
October 30, 2008 – 9:45 am
Liga Serie A Itali
INTER Milan jatuh ke tangga keempat liga apabila sekadar mampu seri tanpa jaringan dengan Fiorentina dalam aksi Serie A Itali awal pagi tadi.
Napoli mengambil alih kedudukan Inter di tangga kedua selepas menang tipis 1-0 ke atas Lazio, manakala AC Milan berada di tangga ketiga hasil kemenangan 2-1 mengatasi Siena.
September 25, 2008 – 12:47 am
SKANDAL judi bola sepak yang menghantui Juventus tiga musim lalu tidak menghalang kelab tersebut daripada memasang impian memburu kejuaraan Serie A Itali musim ini.
Turun menentang Catania dalam perlawanan keempat mereka di tempat lawan, hari ini Juventus kini memburu kemenangan ketiga dalam usaha mereka menyaingi juara bertahan, Inter Milan.
Ketika ini kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata tetapi […]
September 22, 2008 – 3:55 pm
Liga Serie A Itali
INTER Milan mengukuhkan kedudukan untuk menerajui Liga Serie A Itali hasil kemenangan 3-1 ke atas Torino, manakala AC Milan memenangi perlawanan liga buat pertama kali selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut di awal musim.
Carvalho De Oliveira Amauri pula muncul wira Juventus apabila jaringan tunggalnya membantu bekas juara itu mencatat kemenangan tipis 1-0 ke […]
September 1, 2008 – 6:41 pm
JUVENTUS memulakan aksi sulung Serie A Itali dengan mencicirkan mata apabila diikat dengan keputusan seri oleh pencabar kejuaraan liga, Fiorentina.
Lebih perit buat Juventus apabila gol penyamaan Fiorentina hanya hadir ketika perlawanan hampir ditamatkan di mana pasukan lawan itu pula beraksi dengan 10 orang.
Bekas penyerang AC Milan, Alberto Gilardino menjadi pemusnah harapan Juve untuk memungut […]
April 13, 2008 – 2:15 pm
Kekalahan kepada Juventus menyulitkan lagi peluang Milan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan
JUARA Eropah, AC Milan terpaksa menerima hakikat peluang mereka untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan kini senipis ‘kulit bawang’ ekoran kekalahan kepada musuh tradisi, Juventus pada saingan Liga Serie A Itali awal pagi tadi.
April 12, 2008 – 6:05 pm
Serie A Itali
Juventus lwn AC Milan - 2.30 pagi esok
PERTEMBUNGAN dua kelab gergasi Itali, AC Milan dan Juventus mungkin tidak sehangat perlawanan antara pendahulu Liga Perdana England (EPL), Manchester United dan pencabarnya, Arsenal.
Namun bagi penyandang juara Eropah musim lalu itu perlawanan awal pagi esok merupakan misi hidup mati bagi menghidupkan peluang mereka […]
April 10, 2008 – 5:11 pm
Posted on January 31, 2008
PERTEMBUNGAN menarik dua kelab gergasi Itali awal pagi tadi berkesudahan pendahulu Serie A, Inter Milan menewaskan Juventus 3-2 atau agregat 5-4, untuk mara ke separuh akhir Piala Itali. Dalam pertembungan separuh akhir nanti, Inter akan menentang Lazio yang menewaskan Fiorentina 2-1 atau agregat 4-2 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
Manakala penyandang […]