Category Archives: Inter Milan

Serie A: Kaka lonjak kedudukan Milan, Inter terus goyah

Liga Serie A Itali
INTER Milan jatuh ke tangga keempat liga apabila sekadar mampu seri tanpa jaringan dengan Fiorentina dalam aksi Serie A Itali awal pagi tadi.
Napoli mengambil alih kedudukan Inter di tangga kedua selepas menang tipis 1-0 ke atas Lazio, manakala AC Milan berada di tangga ketiga hasil kemenangan 2-1 mengatasi Siena.

Serie A: Inter kekal di puncak liga

Liga Serie A Itali
Inter Milan 1 Lecce 0
PERCATURAN strategi Jose Mourinho menyaksikan Inter Milan kekal selaku pendahulu Liga Serie A Itali selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Lecce di San Siro awal pagi tadi.
Mourinho membawa masuk Julio Cruz menggantikan Cristian Chivu pada minit ke-72 dan pemain Argentina itu tidak menunggu lama untuk membalas kepercayaan bosnya […]

Serie A: Inter Milan, Juventus pasang impian

SKANDAL judi bola sepak yang menghantui Juventus tiga musim lalu tidak menghalang kelab tersebut daripada memasang impian memburu kejuaraan Serie A Itali musim ini.
Turun menentang Catania dalam perlawanan keempat mereka di tempat lawan, hari ini Juventus kini memburu kemenangan ketiga dalam usaha mereka menyaingi juara bertahan, Inter Milan.
Ketika ini kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata tetapi […]

Serie A: Inter terajui liga, AC Milan catat kemenangan pertama

Liga Serie A Itali
INTER Milan mengukuhkan kedudukan untuk menerajui Liga Serie A Itali hasil kemenangan 3-1 ke atas Torino, manakala AC Milan memenangi perlawanan liga buat pertama kali selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut di awal musim.
Carvalho De Oliveira Amauri pula muncul wira Juventus apabila jaringan tunggalnya membantu bekas juara itu mencatat kemenangan tipis 1-0 ke […]

Serie A: Inter Milan gagal kutip mata penuh perlawanan pembukaan

INTER Milan sekadar seri 1-1 dengan Sampdoria dalam aksi pembukaan ketika Jose Mourinho memulakan tugas rasmi pertamanya bersama juara bertahan itu dalam saingan Liga Serie A Itali.
Bermain di gelanggang lawan, Inter terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-33.
Bagaimanapun Sampdoria berjaya mencuri satu mata daripada anak buah Mourinho apabila Gennaro Delvecchio menjaringkan […]

Serie A: Mourinho raih trofi pertama bersama Inter Milan

Inter Milan rangkul Piala Super Itali sebelum Serie A bermula
BEKAS jurulatih Chelsea, Jose Mourinho menghadiahkan trofi pertama kepada kelab baru, Inter Milan selepas anak didiknya berjaya menewaskan AS Roma 6-5 menerusi penentuan penalti dalam aksi Piala Super Itali awal pagi tadi.
Kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam tempoh 90 minit selepas jaringan penyerang Roma, Mirko Vucinic sebelum […]

Kecederaan Ibrahimovic resahkan Inter Milan

Posted on February 26, 2008
Pendahulu Serie A, Inter Milan pasti resah menjelang pertemuan menentang pencabar terdekatnya, AS Roma awal pagi esok. Kedua-dua kelab gergasi Itali itu kini hanya dibezakan sembilan mata selepas juara bertahan, Inter sekadar seri 1-1 dengan Sampdoria manakala Roma menewaskan Fiorentina 1-0.

Crespo penyelamat Inter, Inzaghi wira Milan

Posted on February 25, 2008
HERNAN Crespo muncul penyelamat Inter Milan apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-67 ketika seri 1-1 sewaktu menentang Sampdoria untuk memastikan Inter Milan mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam kancah Serie A.

Liga Itali: Penguasaan Inter sukar digugat, AC Milan seri lagi

Posted on February 17, 2008
Inter Milan semakin kukuh dengan kelebihan 11 mata
KEHADIRAN pemain terbaik dunia, Kaka yang baru pulih dari kecederaan gagal membantu Milan mengutip tiga mata penuh apabila terikat tanpa jaringan dengan Parma dalam aksi bola sepak Serie A Itali, awal pagi tadi. Keputusan seri itu adalah yang kedua berturut-turut buat Milan selepas […]

Serie A Itali: Inter menang tipis ke atas Empoli

Posted on February 4, 2008
PENYANDANG juara, Inter Milan semakin selesa berada di tangga teratas liga selepas mencatat kemenangan tipis penuh dramatik ke atas Empoli pada saingan Bola Sepak Serie A Itali, awal pagi tadi. Inter terpaksa bermain dengan 10 pemain selepasĀ  Patrick Vieira dilayang kad Merah pada minit ke-39 ekoran membantah keputusan pengadil yang memberinya […]

Piala Itali: Juventus terkandas di suku akhir

Posted on January 31, 2008
PERTEMBUNGAN menarik dua kelab gergasi Itali awal pagi tadi berkesudahan pendahulu Serie A, Inter Milan menewaskan Juventus 3-2 atau agregat 5-4, untuk mara ke separuh akhir Piala Itali. Dalam pertembungan separuh akhir nanti, Inter akan menentang Lazio yang menewaskan Fiorentina 2-1 atau agregat 4-2 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
Manakala penyandang […]

page counter