November 6, 2008 – 9:09 am
Liga Juara Eropah
AS Roma 3 Chelsea 1
CHELSEA menerima tamparan apabila tersembam 1-3 di tangan AS Roma dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam.
Kekalahan berkenaan bukan saja menambah beban tugas kelab London itu untuk memburu kejuaraan Liga Juara, bahkan mahkota Liga Perdana England.
November 2, 2008 – 12:17 pm
Liga Perdana Inggeris
Chelsea 5 Sunderland 0
CHELSEA berjaya merampas kembali kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan besar mengatasi Sunderland 5-0 di Stamford Bridge lewat malam tadi.
Bagaimanapun kejayaan Chelsea berkenaan lebih bergantung kepada keputusan perlawanan Tottenham-Liverpool yang memihak kepada skuad bimbingan Harry Redknapp itu.
October 30, 2008 – 8:38 am
Liga Perdana Inggeris
CHELSEA bangkit daripada kekalahan di tempat sendiri kepada Liverpool Ahad lalu dengan menundukkan pasukan penuh kejutan, Hull City 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Frank Lampard, Nicolas Anelka dan Florent Malouda masing-masing menyumbang satu gol buat The Blues untuk terus berada di tangga kedua liga selepas Liverpool turut mengutip tiga mata […]
September 25, 2008 – 8:24 am
Piala Carling
Portsmouth 0 Chelsea 4
FINALIS tahun lalu, Chelsea mudah melepasi pusingan ketiga Piala Liga England (Piala Carling) selepas menundukkan Portsmouth 4-0 di Fratton Park awal pagi tadi.
Salomon Kalou yang menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas, sekali lagi memahat nama selaku penjaring gol The Blues.
September 25, 2008 – 12:31 am
Portsmouth lawan Chelsea - 2.45 pagi, Fratton Park
SALOMON Kalou bakal mengemudi jentera serangan Chelsea bersama Didier Drogba yang kembali cergas selepas menjalani pembedahan lutut pada aksi pusingan ketiga Piala Liga (Piala Carling) menentang Portsmouth awal pagi nanti.
Kalou menganggap perebutan tempat di kalangan pemain utama Chelsea musim ini satu petanda baik bagi membolehkan mereka memberi saingan […]
September 23, 2008 – 5:37 pm
JURULATIH CHELSEA, Luiz Felipe Scolari mengagumi semangat kental anak-anak buahnya yang bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat keputusan seri dengan juara bertahan, Manchester United di Stamford Bridge malam semalam.
The Blues memperoleh gol penyamaan ketika perlawanan berbaki 10 minit menerusi pemain gantian, Salomon Kalou sekali gus berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga di gelanggang sendiri […]
September 22, 2008 – 11:41 am
CHELSEA berjaya memanjangkan rekod tanpa kalah di stadium keramatnya, Stamford Bridge kepada 85 perlawanan berturut-turut, namun keputusan seri 1-1 dengan Manchester United malam tadi memaksa kelab barat London itu melepaskan cengkamannya di persada Liga Perdana Inggeris.
The Blues yang memimpin carta liga sejak hari pertama kempen musim 2008/09 bermula terpaksa melepaskan kedudukannya kepada Arsenal yang menundukkan […]
September 21, 2008 – 11:59 pm
Chelsea 1 Manchester United 1
CHELSEA terselamat daripada menerima kekalahan pertama di tempat sendiri setelah jaringan lewat menerusi Salomon Kalou berjaya memadam gol pendahuluan Park Ji-Sung pada babak pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United di Stamford Bridge malam ini. (Carta EPL Terkini)
The Blues sudah dibayangi oleh kekalahan pertamanya di tempat […]
September 21, 2008 – 3:45 pm
CHELSEA berpeluang menjarakkan sembilan mata daripada musuh ketatnya, Manchester United sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas Liga Perdana Inggeris jika berjaya menewaskan juara bertahan itu di Stamford Bridge malam ini.
Ketika saingan Liga Perdana Inggeris baru memasuki minggu kelima, United terperosok ke tangga ke-15 liga (carta terkini EPL) berbanding kelab barat London itu yang […]
September 21, 2008 – 11:38 am
MANCHESTER United punya ramuan terbaik untuk bangkit daripada kekalahan perit di tangan Liverpool, hujung minggu lalu: Tamatkan rekod tanpa kalah 83 perlawanan Chelsea di gelanggang sendiri.
Pengurus United, Alex Ferguson bertegas anak buahnya tidak akan gentar untuk ke Stamford Bridge dan - tanpa berniat menghina Portsmouth yang ditumbangkan pada aksi pembukaan musim ini - akan melakarkan […]
September 21, 2008 – 11:20 am
PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson mengaku dia lebih suka jika terlepas kejuaraan Liga Perdana England musim ini kepada Arsenal berbanding Chelsea.
Dia juga percaya The Blues tidak memiliki sejarah dan reputasi cemerlang jika dibandingkan dengan Red Devils atau The Gunners.
Komen panas Ferguson itu pastinya menghangatkan lagi situasi tegang menjelang pertemuan dua gergasi England itu dalam aksi […]
September 21, 2008 – 11:08 am
PENGURUS Chelsea, Luiz Felipe Scolari mula melancarkan perang psikologi ke atas pencabarnya, Alex Ferguson dengan memberitahu yang dia berhasrat membawa bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo ke Stamford Bridge.
Komen terbaru pengurus baru The Blues itu menghangatkan lagi suasana sebelum pertemuan penting mereka dengan Red Devils dalam aksi Liga Perdana England di Stamford Bridge hari ini.
Scolari yang […]
September 2, 2008 – 3:09 pm
BUKAN Chelsea. Sebaliknya bintang Brazil, Robinho membuat kejutan apabila menandatangani kontrak bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City pada saat terakhir sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup tengah malam tadi waktu Britain.
Perpindahan Robinho ke Manchester City ternyata sangat mengejutkan kerana sebelum ini bekas penyerang Real Madrid itu dilaporkan bakal menyarung jersi Chelsea.
September 1, 2008 – 12:03 am
REKOD bersih Chelsea lebur di kandang sendiri apabila Tottenham berjaya mencuri satu mata berharga di samping membolosi gawang tuan rumah buat pertama kali selepas tiga perlawanan.
Chelsea seakan berupaya untuk melebarkan rekod kemenangan 100% apabila Juliano Beletti memberikan gol pendahuluan pada minit ke-27, namun kesilapan di barisan pertahanan membolehkan Tottenham menyamakan kedudukan sejurus sebelum berakhir babak […]
August 24, 2008 – 11:55 pm
JARINGAN tunggal pemain tengah, Deco cukup buat Chelsea mengutip tiga mata penuh dalam aksi sengit Liga Perdana Inggeris menentang Wigan malam ini.
Deco berjaya mengelirukan penjaga gol Wigan, Michael Pollitt menerusi tendangan percuma pada minit keempat selepas bola terkena tangan Lee Cattermole.
Dalam perlawanan pembukaan minggu lalu, Deco turut menjaringkan gol untuk membantu kemenangan 4-0 ke atas […]