November 6, 2008 – 9:42 am
Liga Juara Eropah
Barcelona 1 FC Basel 1
BARCELONA muncul pasukan terawal melayakkan diri dalam kelompok 16 pasukan terakhir saingan Liga Juara-Juara Eropah sekali pun hanya mampu seri 1-1 dengan Basel di Stadium Nou Camp awal pagi semalam.
Keputusan itu cukup untuk melayakkan mereka ke kelompok 16 pasukan terakhir walaupun saingan peringkat kumpulan masih berbaki dua perlawanan.
October 5, 2008 – 9:26 pm
Liga Primera Sepanyol
Barcelona 6 Atletico Madrid 1
Villarreal 2 Real Betis 1
BARCELONA menampil persembahan penuh bertenaga untuk menjinakkan pencabar kejuaraan Liga Sepanyol, Atletico Madrid 6-1 di Nou Camp awal pagi tadi.
Lebih menarik enam gol berjaya dicipta sepanjang tempoh 30 minit pertama perlawanan, lima daripadanya dijaringkan pasukan tuan rumah.
Rafael Marquez memulakan pesta gol tuan rumah seawal minit […]
September 23, 2008 – 2:35 pm
Liga Primera Sepanyol
Sporting Gijon 1 Barcelona 6
SELEPAS gagal mencatat kemenangan dalam dua perlawanan awal berturut-turut, Barcelona mula menunjukkan taringnya apabila membelasah pendatang baru, Sporting Gijon 6-1 di gelanggang lawan, awal pagi semalam.
Dalam perlawanan terdahulu, Barcelona hanya mampu mengutip satu mata setelah seri dengan Racing Santander minggu lepas, menyebabkan kelab Catalan itu terperosok di kedudukan bawah […]
September 1, 2008 – 6:45 pm
DUA musuh tradisi Liga Primera Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona kecundang pada perlawanan sulung masing-masing awal pagi tadi ketika saingan liga bermula minggu ini.
Real Madrid tewas 1-2 kepada Deportivo La Coruna manakala Barcelona tewas 0-1 kepada pendatang baru Liga Primera, Numancia.
Mista meletakkan Deportivo di hadapan pada minit ke-27 sebelum Ruud van Nistelrooy menyamakan kedudukan dua […]
April 22, 2008 – 11:31 am
PEMAIN terbaik Afrika sebanyak tiga kali, Samuel Eto’o, telah mengancam mahu meninggalkan kelabnya, Barcelona, musim depan jika kelab gergasi Sepanyol itu terus kekontangan kejuaraan.
“Saya mahu memenangi gelaran dan jika saya tidak dapat melakukannya di sini, ia akan berlaku dengan kelab lain,” ujar Eto’o, yang bercakap kepada stesen radio Raci.
April 10, 2008 – 10:02 pm
Posted on March 2, 2008
PENYERANG Brazil, Robinho kembali meletakkan Real Madrid di landasan betul dalam usaha mempertahankan kejuaraan liga apabila dua golnya membantu kelab itu menewaskan Recreativo Huelva untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas carta Liga Sepanyol.
Lebih menggembirakan penyokong Real apabila pesaing terdekatnya, Barcelona mengalami kekalahan pertamanya tahun ini apabila tewas di tangan Atletico Madrid […]
April 10, 2008 – 9:58 pm
Posted on March 1, 2008
EMPAT kekalahan daripada lima perlawanan, dengan tiga daripadanya dicatat pada tiga aksi terakhir berturut-turut, termasuk tewas 1-2 kepada AS Roma dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah sudah cukup membuktikan penurunan prestasi kelab gergasi Sepanyol itu.
Lebih menyakitkan, jurang mata dengan pesaing terdekatnya dalam liga, Barcelona telah mengecil kepada dua sahaja berbanding sembilan pada […]
April 10, 2008 – 9:10 pm
Posted on February 25, 2008
MADRID: Getafe mencatat keputusan mengejut dengan mengatasi Real Madrid 1-0 di Bernabeu awal pagi tadi, sekali gus membuka persaingan merebut mahkota Liga Primera Sepanyol selepas Barcelona merapatkan jurang mata dengan Real kepada dua sahaja setelah meratah Levante 5-1.
April 10, 2008 – 8:37 pm
Posted on February 17, 2008
Madrid tewas dua kali dalam tiga perlawanan terakhir
KEKALAHAN Real Madrid di tangan Betis diikuti kejayaan Barcelona menundukkan Zaragoza melalui sentuhan bekas pemain terbaik dunia, Ronaldinho merancakkan kembali persaingan merebut kejuaraan bola sepak Liga Sepanyol antara kedua-dua pasukan itu.
April 10, 2008 – 7:03 pm
Posted on February 9, 2008
Sevilla lwn Barcelona (5.00 pagi esok)
Misi getir Barca kejar Real madrid
JUARA Eropah 2005, Barcelona menghadapi misi sukar dalam usaha merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Primera Sepanyol, Real Madrid apabila bertemu lawan sukar, Sevilla awal pagi esok.