Category Archives: Arsenal

EPL: Ketumpulan barisan depan bawa petaka kepada United

GAGAL memanfaatkan peluang terhidang membawa bencana buat anak didik Sir Alex Ferguson apabila Manchester United tewas 1-2 di tangan musuh tradisinya, Arsenal di Stadium Emirates malam tadi.
Ia adalah kekalahan kedua United dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan meranapkan harapan kelab itu untuk menyaingi pendahulu liga, Chelsea yang akan beraksi menentang Blackburn malam ini.
United […]

EPL: Arsenal beri tamparan kepada United

Liga Perdana Inggeris
Arsenal 2 Manchester United 1
PERSEMBAHAN cemerlang Samir Nasri membolehkan Arsenal kembali memberi saingan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas melepasi cabaran sengit musuh ketat, Manchester United di Stadium Emirates malam ini.
Dua gol Nasri pada setiap babak membantu Arsenal menang 2-1 ke atas anak didik Sir Alex Ferguson itu, sekali gus menamatkan prestasi […]

EPL: Gol Nasri legakan penyokong Arsenal

Babak pertama
Arsenal 1 Manchester United 0
ARSENAL berjaya memberi tekanan kepada Manchester United apabila mendahului lawannya 1-0 pada babak pertama aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates.
Bagaimana pun Dimitar Berbatov terlebih dahulu menggegar gawang The Gunners pada minit ketujuh namun gol berkenaan dibatalkan kerana penyerang United itu berada dalam posisi offside.
Samir Nasri menceriakan penyokong tuan rumah […]

EPL: Arsenal, Man United dahagakan kemenangan

Arsenal lawan Manchester United
(8.45 malam, Stadium Emirates)
DI sebalik prestasi hambar kelab-kelab England dalam saingan peringkat Eropah (Liga Juara-Juara), pertemuan klasik antara Arsenal dan Manchester United di Stadium Emirates malam ini tetap menjanjikan saingan menarik dan mendebarkan.
Kecuali Chelsea yang tewas 1-3 di tangan Roma, tiga lagi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris sekadar mencatat keputusan […]

Chelsea bangkit, Liverpool lebar penguasaan

Liga Perdana Inggeris
CHELSEA bangkit daripada kekalahan di tempat sendiri kepada Liverpool Ahad lalu dengan menundukkan pasukan penuh kejutan, Hull City 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Frank Lampard, Nicolas Anelka dan Florent Malouda masing-masing menyumbang satu gol buat The Blues untuk terus berada di tangga kedua liga selepas Liverpool turut mengutip tiga mata […]

EPL: Arsenal seri, United mula bangkit

Liga Perdana Inggeris
Blackburn 0 Manchester United 2
Sunderland 1 Arsenal 1
MANCHESTER United menghampiri kelompok empat pasukan teratas selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Blackburn dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam tadi.
United yang masih kekurangan satu perlawanan kini memanjat ke tangga keenam liga selepas mengumpul 11 mata, namun kedudukan itu mungkin berubah apabila enam lagi perlawanan berlangsung […]

Piala Carling: Meriam muda Arsenal robek Sheffield

Piala Carling
Arsenal 6 Sheffield United 0
PENYERANG muda Mexico, Carlos vela menjadi wira ketika skuad simpanan Arsenal membelasah Sheffield United 6-0 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (Piala Carling) di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Kecuali Nicklas Bendtner dan penjaga gol, Lukasz Fabianski yang lebih berpengalaman, Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menurunkan sembilan pemain mudanya dalam kesebelasan […]

Arsenal rampas kedudukan teratas EPL

CHELSEA berjaya memanjangkan rekod tanpa kalah di stadium keramatnya, Stamford Bridge kepada 85 perlawanan berturut-turut, namun keputusan seri 1-1 dengan Manchester United malam tadi memaksa kelab barat London itu melepaskan cengkamannya di persada Liga Perdana Inggeris.
The Blues yang memimpin carta liga sejak hari pertama kempen musim 2008/09 bermula terpaksa melepaskan kedudukannya kepada Arsenal yang menundukkan […]

EPL: Arsenal tawan Newcastle dengan aksi memikat

BINTANG Euro 2008, Robin van Persie menyemarakkan perjuangan Arsenal apabila skuad itu mempamer aksi berkualiti ketika menundukkan Newcastle tiga gol tanpa balas dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates awal pagi tadi.
Van Persie berjaya menjaringkan dua gol pada babak pertama, satu daripadanya menerusi tendangan penalti manakala pemain muda Brazil, Denilson menambah gol ketiga Arsenal […]

Liga Juara Eropah: Arsenal mudah lepasi halangan, Liverpool lalui detik mencemaskan

KETIKA Arsenal mudah melepasi lawannya, satu lagi wakil dari England, Liverpool berdepan detik mendebarkan ke masa tambahan sebelum layak ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, mengetepikan cabaran sengit Standard Liege di Anfield awal pagi tadi.
Dirk Kuyt menjadi penyelamat air muka Liverpool apabila jaringannya dua minit perlawanan masa tambahan berakhir berjaya mengelak kelab dari Anfield […]

EPL: Fulham kejutkan Arsenal, Spurs terus bernasib malang

PRESTASI awal musim Arsenal mula tidak menentu apabila skuad Arsene Wenger itu tewas mengejut 1-0 di tangan Fulham dalam aksi di Craven Cottages awal pagi tadi.
Gol tunggal daripada pemain pertahanan kelahiran Norway, Brede Hangeland memberikan kemenangan bermakna buat Fulham selepas kelab itu tewas dalam aksi pembukaan kepada pendatang baru, Hull City.
Hangeland berjaya menanduk masuk bola […]

EPL: Arsenal lepas ujian pertama

GOL tunggal pemain muda Perancis, Samir Nasri pada awal perlawanan sudah cukup buat Arsenal untuk memungut tiga mata penuh di Stadium Emirates ketika saingan Liga Perdana Inggeris memulakan tirainya malam ini.
Pemain berharga 12 juta pound itu berjaya membolosi gawang pelawat selepas menampan bola umpanan Denilson dari sebelah kiri kotak penalti pada minit keempat.

Samir Nasri jaring gol sulung EPL 2008/09

PEMAIN baru Arsenal, Samir Nasri meraikan penampilan sulungnya bersama kelab itu dengan menjaringkan gol pertama Liga Perdana Inggeris musim ini membolehkan The Gunners mendahului pasukan baru ‘naik pangkat’, West Bromwich Albion 1-0 pada separuh masa pertama di Stadium Emirates.
Nasri berjaya merobek gawang pelawat kira-kira empat minit perlawanan bermula selepas memanfaatkan umpanan Denilson.

Arsenal enggan mengaku kalah

Derby  2 - 6  Arsenal
HUJUNG September lalu Emmanuel Adebayor menjaringkan hatrik ketika membenam Derby 5-0 di Stadium Emirates. Tujuh bulan kemudian pemain sama sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada pasukan sama dengan jumlah jaringan sama.
Bezanya kali ini ia berlaku di Stadium Pride Park milik Derby. Kemenangan besar itu kembali menaikkan semangat buat […]

Wenger terus dirundung malang

SEGALANYA tampak sudah berakhir buat Arsenal untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kekalahan terbaru kepada musuh tradisi, Manchester United 1-2 di Old Trafford malam tadi.

page counter