Author Archives: admin

EPL: Ketumpulan barisan depan bawa petaka kepada United

GAGAL memanfaatkan peluang terhidang membawa bencana buat anak didik Sir Alex Ferguson apabila Manchester United tewas 1-2 di tangan musuh tradisinya, Arsenal di Stadium Emirates malam tadi.
Ia adalah kekalahan kedua United dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan meranapkan harapan kelab itu untuk menyaingi pendahulu liga, Chelsea yang akan beraksi menentang Blackburn malam ini.
United […]

EPL: Arsenal beri tamparan kepada United

Liga Perdana Inggeris
Arsenal 2 Manchester United 1
PERSEMBAHAN cemerlang Samir Nasri membolehkan Arsenal kembali memberi saingan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas melepasi cabaran sengit musuh ketat, Manchester United di Stadium Emirates malam ini.
Dua gol Nasri pada setiap babak membantu Arsenal menang 2-1 ke atas anak didik Sir Alex Ferguson itu, sekali gus menamatkan prestasi […]

EPL: Gol Nasri legakan penyokong Arsenal

Babak pertama
Arsenal 1 Manchester United 0
ARSENAL berjaya memberi tekanan kepada Manchester United apabila mendahului lawannya 1-0 pada babak pertama aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates.
Bagaimana pun Dimitar Berbatov terlebih dahulu menggegar gawang The Gunners pada minit ketujuh namun gol berkenaan dibatalkan kerana penyerang United itu berada dalam posisi offside.
Samir Nasri menceriakan penyokong tuan rumah […]

EPL: Arsenal, Man United dahagakan kemenangan

Arsenal lawan Manchester United
(8.45 malam, Stadium Emirates)
DI sebalik prestasi hambar kelab-kelab England dalam saingan peringkat Eropah (Liga Juara-Juara), pertemuan klasik antara Arsenal dan Manchester United di Stadium Emirates malam ini tetap menjanjikan saingan menarik dan mendebarkan.
Kecuali Chelsea yang tewas 1-3 di tangan Roma, tiga lagi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris sekadar mencatat keputusan […]

Liga Juara: Barcelona mara saingan kalah mati

Liga Juara Eropah
Barcelona 1 FC Basel 1
BARCELONA muncul pasukan terawal melayakkan diri dalam kelompok 16 pasukan terakhir saingan Liga Juara-Juara Eropah sekali pun hanya mampu seri 1-1 dengan Basel di Stadium Nou Camp awal pagi semalam.
Keputusan itu cukup untuk melayakkan mereka ke kelompok 16 pasukan terakhir walaupun saingan peringkat kumpulan masih berbaki dua perlawanan.

Liga Juara: Jaringan penalti Gerrard kecewakan Atletico

Liga Juara Eropah
Liverpool 1 Atletico Madrid 1
KETUA pasukan, Steven Gerrard sekali lagi menjadi penyelamat buat Liverpool di sebalik keputusan seri 1-1 dengan wakil Sepanyol, Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam.
Bagaimana pun ia jelas sesuatu yang kurang menyenangkan pengurus The Reds, Rafael Benitez yang mengakui Liverpool tidak mempunyai penyudah yang baik dalam […]

Liga Juara: Roma berhak menang ke atas Chelsea

Liga Juara Eropah
AS Roma 3 Chelsea 1
CHELSEA menerima tamparan apabila tersembam 1-3 di tangan AS Roma dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam.
Kekalahan berkenaan bukan saja menambah beban tugas kelab London itu untuk memburu kejuaraan Liga Juara, bahkan mahkota Liga Perdana England.

Liga Juara: Celtic hadapi ranjau United

Liga Juara Eropah
Celtic lawan Man United (3.45 pagi)
BAGI juara bertahan, Manchester United, kemenangan ke atas Celtic hari ini (awal pagi Khamis) akan meletakkan mereka dalam kelompok 16 pasukan terbaik jika Alborg gagal menewaskan Villarreal dalam satu lagi pertembungan peringkat kumpulan.
Keputusan seri juga sudah memadai bagi United untuk mara ke pusingan kalah mati jika Villarreal mencatatkan […]

Liga Juara: Real Madrid mahu lunas dendam

Liga Juara Eropah
Real Madrid lawan Juventus (3.45 pagi, Bernabeu)
TONGGAK pertahanan, Fabio Cannavaro berkata Real Madrid perlu menebus kekalahan peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Eropah terhadap Juventus apabila kedua-dua pasukan bertemu di Santiago Bernabeu, hari ini (awal pagi Khamis waktu Malaysia).
Pemain pertahanan Itali yang pernah menjulang Piala Dunia itu - meninggalkan Juventus dua tahun lalu - […]

Skuad sulung Maradona tanpa Messi

LEGENDA bola sepak dunia dan Argentina, Diego Maradona bakal menghadapi perlawanan persahabatan pertama 19 November ini setelah disah secara rasmi selaku jurulatih negara itu.
Skuad sulung bekas bintang yang menjulang Piala Dunia pada 1986 itu akan menghadapi ujian pertama menentang Scotland 19 November depan.

EPL: Hull nyaris aibkan United

Liga Perdana Inggeris
Manchester United 4 Hull City 3
HULL City nyaris mengaibkan juara bertahan, Manchester United, namun dua jaringan daripada Cristiano Ronaldo membantu United yang berhempas pulas pada akhir babak permainan sebelum dapat menewaskan Hull City 4-3 di Old Trafford, malam tadi.
Pada satu ketika Hull nyaris mencuri satu mata daripada tuan rumah apabila mereka bangkit menjaringkan […]

EPL: Chelsea kembali terajui liga

Liga Perdana Inggeris
Chelsea 5 Sunderland 0
CHELSEA berjaya merampas kembali kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan besar mengatasi Sunderland 5-0 di Stamford Bridge lewat malam tadi.
Bagaimanapun kejayaan Chelsea berkenaan lebih bergantung kepada keputusan perlawanan Tottenham-Liverpool yang memihak kepada skuad bimbingan Harry Redknapp itu.

EPL: Tottenham akhiri rekod tanpa kalah Liverpool

Liga Perdana Inggeris
Tottenham 2 Liverpool 1
PENGUASAAN Liverpool di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak bertahan lama apabila pasukan bimbingan Rafael Benitez itu tewas mengejut kepada kelab tercorot, Tottenham Hotspurs 1-2 di White Hart Lane, awal pagi tadi.
Lebih malang buat Liverpool apabila gol kemenangan tuan rumah hanya hadir ketika perlawanan hanya tinggal beberapa minit untuk ditamatkan […]

Serie A: Kaka lonjak kedudukan Milan, Inter terus goyah

Liga Serie A Itali
INTER Milan jatuh ke tangga keempat liga apabila sekadar mampu seri tanpa jaringan dengan Fiorentina dalam aksi Serie A Itali awal pagi tadi.
Napoli mengambil alih kedudukan Inter di tangga kedua selepas menang tipis 1-0 ke atas Lazio, manakala AC Milan berada di tangga ketiga hasil kemenangan 2-1 mengatasi Siena.

Chelsea bangkit, Liverpool lebar penguasaan

Liga Perdana Inggeris
CHELSEA bangkit daripada kekalahan di tempat sendiri kepada Liverpool Ahad lalu dengan menundukkan pasukan penuh kejutan, Hull City 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Frank Lampard, Nicolas Anelka dan Florent Malouda masing-masing menyumbang satu gol buat The Blues untuk terus berada di tangga kedua liga selepas Liverpool turut mengutip tiga mata […]

page counter