EPL: Arsenal seri, United mula bangkit


Liga Perdana Inggeris
Blackburn 0 Manchester United 2
Sunderland 1 Arsenal 1

MANCHESTER United menghampiri kelompok empat pasukan teratas selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Blackburn dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam tadi.

United yang masih kekurangan satu perlawanan kini memanjat ke tangga keenam liga selepas mengumpul 11 mata, namun kedudukan itu mungkin berubah apabila enam lagi perlawanan berlangsung malam ini.

Selepas aksi hambar pada permulaan saingan, United mula menunjukkan kebangkitan bagi menyaingi kedudukan pencabar utama mereka, Chelsea yang kini hanya dipisahkan tiga mata di depan.

Kejayaan menundukkan Blackburn di Ewood Park merupakan kemenangan ketiga skuad bimbingan Alex Ferguson musim ini.

United memerlukan tempoh 30 minit sebelum berjaya menembusi gawang tuan rumah yang dikawal Jason Brown.

Selepas percubaan Ryan Giggs pada minit ke-29 berjaya dihampakan penjaga gol kelahiran Wales itu, namun tandukan Wes Brown seminit berikutnya menghadiahkan keceriaan buat penyokong United.

Serangan United agak lancar selepas gol pembukaan berkenaan, namun anak buah Ferguson gagal menambah jaringan sehingga berakhir babak pertama.

Bagaimanapun, tidak banyak peluang menghasilkan gol berjaya dicipta pemain United pada babak kedua.

Pun begitu United berjaya menggandakan jaringan menerusi percubaan Wayne Rooney pada minit ke-64 selepas menerima umpanan rendah daripada Cristiano Ronaldo.

Sementara itu Arsenal gagal memungut tiga mata penuh selepas diikat 1-1 oleh Sunderland di Stadium of Light.

Sunderland berjaya mendahului Arsenal menerusi jaringan Grant Leadbitter pada minit ke-86, namun gol itu tidak kekal lama apabila Cesc Fabregas berjaya menyamakan kedudukan buat The Gunners pada minit ke-90 untuk membawa pulang satu mata.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Smarking
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Post a Comment or Leave a Trackback

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*
page counter