October 9, 2008 – 7:37 am
Assalamualaikum wbt,
Mohon maaf kepada semua pengunjung, laman ini sedang dalam proses pemindahan ke server baru. Sebab itu tiada perkembangan @ maklumat terbaru dikemaskini bagi mengelak kehilangan data.
Kemungkinan besar juga pihak admin tidak akan mengemaskini laman ini dalam tempoh 4 hingga 5 hari akan datang sehingga proses pemindahan ini (transfer) selesai sepenuhnya.
Untuk perkembangan berkaitan sila lawati blog alternatif di http://bolacyber.blogspot.com (Klik)
Jadual Bola Sepak
Keputusan Perlawanan Bola Sepak
Harap maklum.
October 5, 2008 – 9:37 pm
Manchester City lawan Liverpool (10.00 malam)
MARK Hughes percaya Manchester City mampu meletakkan batu asas selaku kuasa baru Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan di tempat sendiri menentang Liverpool, malam ini.
Pengurus City itu menyaksikan pasukannya tewas di tempat sendiri kepada Chelsea sejurus selepas kelab itu diambil alih oleh keluarga diraja Abu Dhabi sebulan yang lalu, dan mereka tahu bakal berdepan dengan cabaran besar, hari ini.
Hughes berkata: “Kami perlu bermain dengan benar-benar cemerlang kerana Liverpool sudah berada di puncak prestasi mereka.” Sambungan klik di sini »
October 5, 2008 – 9:26 pm

Liga Primera Sepanyol
Barcelona 6 Atletico Madrid 1
Villarreal 2 Real Betis 1
BARCELONA menampil persembahan penuh bertenaga untuk menjinakkan pencabar kejuaraan Liga Sepanyol, Atletico Madrid 6-1 di Nou Camp awal pagi tadi.
Lebih menarik enam gol berjaya dicipta sepanjang tempoh 30 minit pertama perlawanan, lima daripadanya dijaringkan pasukan tuan rumah.
Rafael Marquez memulakan pesta gol tuan rumah seawal minit ketiga sebelum Samuel Eto’o menambah gol kedua, tiga minit kemudian. Sambungan klik di sini »
October 5, 2008 – 8:17 pm

Liga Perdana Inggeris
Blackburn 0 Manchester United 2
Sunderland 1 Arsenal 1
MANCHESTER United menghampiri kelompok empat pasukan teratas selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Blackburn dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam tadi.
United yang masih kekurangan satu perlawanan kini memanjat ke tangga keenam liga selepas mengumpul 11 mata, namun kedudukan itu mungkin berubah apabila enam lagi perlawanan berlangsung malam ini.
Selepas aksi hambar pada permulaan saingan, United mula menunjukkan kebangkitan bagi menyaingi kedudukan pencabar utama mereka, Chelsea yang kini hanya dipisahkan tiga mata di depan. Sambungan klik di sini »
October 1, 2008 – 3:45 pm

Team BolaCyber.com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam khususnya pengunjung dan peminat setia laman ini. Kami memohon maaf atas segala kesilapan, semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
October 1, 2008 – 3:39 pm
DUA gol sumbangan Dimitar Berbatov membolehkan juara bertahan, Manchester United menewaskan Aalborg 3-0 dalam aksi kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.
Satu lagi gol dihasilkan menerusi penyerang England, Wayne Rooney yang membuka jaringan United pada minit ke-22 selepas menyempurnakan umpanan Ryan Giggs dalam kawasan penalti.
Berbatov yang gagal menjaringkan sebarang gol sejak berpindah ke Old Trafford dari Tottenham Hotspurs memecah kebuntuan tersebut pada minit ke-55 hasil kesilapan penyerang tuan rumah, Thomas Augustinussen. Sambungan klik di sini »
September 25, 2008 – 8:59 am

Liga Primera Sepanyol
Real Madrid 7 Sporting Gijon 1
REAL Madrid menambah derita Sporting Gijon apabila membelasah lawannya itu 7-1 dalam aksi Liga Primera Sepanyol di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Penyerang baru Real, Rafael van der Vaart meledak hatrik dalam perlawanan berkenaan manakala bintang veteran, Raul Gonzalez menjaringkan dua gol tuan rumah.
Dua lagi gol Real dijaringkan oleh Gonzalo Higuain dan Arjen Robben manakala gol tunggal pelawat dihasilkan pada minit ke-54 menerusi pemain tengahnya, Kike Mateo.
Ia adalah kekalahan besar kedua berturut-turut buat Sporting selepas tewas 6-1 kepada Barcelona tiga hari lalu.
Lagi laporan menyusul.. (Keputusan penuh Liga Primera Sepanyol)
September 25, 2008 – 8:44 am

Liga Serie A Itali
Inter Milan 1 Lecce 0
PERCATURAN strategi Jose Mourinho menyaksikan Inter Milan kekal selaku pendahulu Liga Serie A Itali selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Lecce di San Siro awal pagi tadi.
Mourinho membawa masuk Julio Cruz menggantikan Cristian Chivu pada minit ke-72 dan pemain Argentina itu tidak menunggu lama untuk membalas kepercayaan bosnya apabila menyumbat gol tunggal perlawanan lapan minit kemudian. Sambungan klik di sini »
September 25, 2008 – 8:24 am

Piala Carling
Portsmouth 0 Chelsea 4
FINALIS tahun lalu, Chelsea mudah melepasi pusingan ketiga Piala Liga England (Piala Carling) selepas menundukkan Portsmouth 4-0 di Fratton Park awal pagi tadi.
Salomon Kalou yang menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas, sekali lagi memahat nama selaku penjaring gol The Blues. Sambungan klik di sini »
September 25, 2008 – 12:47 am
SKANDAL judi bola sepak yang menghantui Juventus tiga musim lalu tidak menghalang kelab tersebut daripada memasang impian memburu kejuaraan Serie A Itali musim ini.
Turun menentang Catania dalam perlawanan keempat mereka di tempat lawan, hari ini Juventus kini memburu kemenangan ketiga dalam usaha mereka menyaingi juara bertahan, Inter Milan.
Ketika ini kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata tetapi Inter menguasai puncak liga hasil kelebihan jaringan. Sambungan klik di sini »
September 25, 2008 – 12:40 am
Real Madrid lawan Sporting Gijon - 4.00 pagi, Santiago Bernabeu
JUARA bertahan, Real Madrid akan berusaha mencatat kemenangan ketiga apabila menanti kunjungan Sporting Gijon awal pagi nanti dalam aksi Liga Sepanyol di Santiago Bernabeu.
Real tewas dalam perlawanan pembukaan menentang Deportivo La Coruna, tetapi berjaya membalasnya dengan kemenangan berturut-turut untuk berada satu mata di belakang empat pasukan teratas.
Prestasi penyerang Argentina, Gonzalo Higuain memeningkan kepala jurulatih Real, Bernd Schuster untuk memilihnya ketika pada masa yang sama kapten pasukan, Raul semakin tertekan untuk menampilkan persembahan terbaik. Sambungan klik di sini »
September 25, 2008 – 12:31 am
Portsmouth lawan Chelsea - 2.45 pagi, Fratton Park
SALOMON Kalou bakal mengemudi jentera serangan Chelsea bersama Didier Drogba yang kembali cergas selepas menjalani pembedahan lutut pada aksi pusingan ketiga Piala Liga (Piala Carling) menentang Portsmouth awal pagi nanti.
Kalou menganggap perebutan tempat di kalangan pemain utama Chelsea musim ini satu petanda baik bagi membolehkan mereka memberi saingan kepada pencabar lain.
“Kami lebih kuat ketika ini dan semua pemain berusaha untuk mendapatkan tempat masing-masing,” tambah penyerang kelahiran Ivory Coast itu. Sambungan klik di sini »
September 25, 2008 – 12:20 am

Piala Carling
Liverpool 2 Crewe 1
LIVERPOOL terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya melepasi halangan kelab dari Liga Bahagian Satu, Crewe Alexandra pada aksi pusingan ketiga Piala Carling di Anfield awal pagi tadi.
Liverpool memerlukan tempoh sejam untuk gol kemenangan setelah jaringan awal menerusi Daniel Agger pada minit ke-15 berjaya dibalas pemain tengah Crewe, Michael O’Connor 10 minit kemudian. Sambungan klik di sini »
September 24, 2008 – 12:18 pm

Piala Carling
Arsenal 6 Sheffield United 0
PENYERANG muda Mexico, Carlos vela menjadi wira ketika skuad simpanan Arsenal membelasah Sheffield United 6-0 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (Piala Carling) di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Kecuali Nicklas Bendtner dan penjaga gol, Lukasz Fabianski yang lebih berpengalaman, Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menurunkan sembilan pemain mudanya dalam kesebelasan utama bagi menghadapi kelab dari Liga Kejuaraan itu. Sambungan klik di sini »